Strok : Anda Berisiko?

Menurut Persatuan Jantung Amerika, strok berada di tangga kelima penyebab kematian lelaki. Adakah hanya golongan tua sahaja yang berisiko? Jika anda katakan ya, anda salah. Satu daripada 14 mangsa strok terdiri daripada mereka yang berusia bawah 45 tahun! strok bukan sahaja berlaku secara tiba-tiba, tetapi ia sebenarnya sudah lama mengekori anda sejak bertahun-tahun. Cuba kuiz di bawah untuk mengetahui sejauh mana risiko anda.



Menurut Walter Kernan profesor perubatan dari Universiti Yale, setiap peningkatan 20 mata dalam sistolik tekanan darah atau setiap peningkatan 10 mata diastolik akan menggandakan risiko kematian akibat strok.

1. Tekanan darah anda?
a) kurang 120/80
b) tinggi daripada 140/90
c) diantara kedua-duanya

Menurut Persatuan Jantung Amerika, seorang daripada empat mangsa strok adalah perokok.Nikotin dan pelbagai toksin yang disedut membuatkan arteri lebih terdedah dengan pembekuan darah.Berhenti merokok akan mengurangkan risiko anda hanya selepas satu tahun anda melakukannya.

2. Adakah anda perokok?
a)Tidak pernah
b)Pernah,tetapi sudah berhenti
c)Ya

Dalam satu kajian lelaki dengan garis pinggang yang berkembang sehingga 93 peratus daripada lilitan pinggul mereka berisiko sehingga tiga kali untuk mendapat strok berbanding lelaki langsing. Nisbah pinggang kepada pinggul yang ideal adalah 0.70 ke 0.89.

3. Berdiri tegak dan lihat ke bawah. Apa yang anda nampak?
a) Keseluruhan kaki anda
b) Separuk kedua-dua kaki anda
c) Perut

Penyelidik dari Harvard yang mengikuti lebih daripada 38000 lelaki sejak 14 tahun yang lalu melaporkan bahawa peminum tegar alkohol adalah 42% lebih berkemungkinan mengalami strok berbanding mereka yang tidak.

Manakala peminum yang sederhana berisiko sebanyak 32%. Bagi yang menggemari wain merah risiko mendapat strok adalah jauh lebih rendah iaitu dari sembilan ke 48 % kurang daripada mereka yang mengambil bir atau wain putih.

4. Berapa banyak alkohol yang anda minum?
a) 3 minuman sehari.
b) 1 atau 2 minuman sehari.
c) tidak mengambil alkohol


Dengan hanya 30 minit pergerakan berintensiti sederhana setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah dan keradangan serta meningkatkan kecekapan insulin dan kawalan gula dalam darah.

5. Pada waktu kebiasaan,apakah tahap intensiti aktiviti anda?
a) Tinggi: bersamaan 20 minit berlari atau berenang
b) Sederhana: bersamaan dengan 30 minit mengankat barang
c) Adakah waktu makan turut dikira

Adakah salah seorang daripada ibu bapa, abang atau kakak anda menghidap strok?
a) ya
b) tidak

Menurut penyelidik British strok dikalangan ahli keluarga terdekat membuatkan anda mempunyai dua kali ganda risiko menghidapnya juga sebelum umur persaraan.


Kira skor anda:

soalan 1
a)2 b)1 c)3
soalan 2
a)3 b)2 c)1
soalan 3
a)3 b)2 c)1
soalan 4
a)3 b)2 c)1
soalan 5
a)1 b)2 c)3
soalan 6
a)2 b)3

Skor 18 hingga 21
Risiko rendah

Skor 12 hingga 17
Tidak terlalu berisiko

Skor kurang dari 11
Berisiko tinggi

Bagaimana mencegah strok?

Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu.


Amalkan diet yang sihat. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri).




Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan membawa risiko strok.

Jangan merokok. Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal.

Minum alkohol dengan bijak. Memerhatikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu.

Periksa tekanan darah anda. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain.

Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).

Sterol dan stenol tumbuhan adalah makanan terbaik menghalang jumlah kolesterol tersimpan di dalam badan sekaligus mengurangkan risiko STROK!!!





Harga Runcit Phytocol-ST RM: 197.00

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or preventany diseases
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thanks for reading...
SID 1096788


ARDIANA
019-3787-527

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu Detox?

Yang Kurus Tidak Semestinya Tiada Kolesterol