Masalah Punting Tenggelam



Masalah puting tenggelam bukan penghalang untuk kita terus menyusukan cuma mungkin sedikit mencabar. Ingat ye ketika baby menyusu baby perlu melekap pada areola dan bukan puting semata-mata.Anda mungkin perlu menyesuaikan posisi sebenar baby anda menyusu supaya sebahagian besar areola anda melekap pada mulut baby.Ingat dengan semangat, kesungguhan, kesabaran, keinginan, keazaman dan teknik yang betul anda pasti berjaya.


Ketika pregnant anda boleh mengenal pasti samada puting anda tenggelam atau leper dengan menggunakan


teknik 'pinch test' iaitu dengan memicit areola anda,jika puting anda tidak timbul atau tegang ia di anggap sebagai leper sekiranya ia songsang masuk ke dalam atau lekuk ia di anggap tenggelam.

Rawatan utk puting tenggelam atau leper:-

1-Breast shell

Shell ini dipakai dalam bra. Ia membentuk puting dengan memberi tekanan yang lembut tapi tetap pada aerola untuk memecahkan lekatan dikatakan di bawah kulit yang menghalang puting untuk tegang. Boleh dipakai pada trimester ketiga untuk beberapa jam setiap hari. Bila dah deliver, still boleh pakai 30 min before baby nak direct feed. Suggested brand Nipple Farmer.

2-Teknik hoffman

Letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting,tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payudara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh antara satu sama lain.Dengan melakukan teknik ini,anda akan menjadikan puting anda naik ke atas dan keluar.Latihan ini perlu di ulangi lima kali sehari mengikuti putaran arah jam di sekitar puting.Ia boleh di lakukan ketika anda hamil dan ketika baby anda mula menyusu.

3-pam

After deliver,anda boleh mula menggunakan pam sebelum anda menyusukan bayi. Ia akan membolehkan puting keluar denagn sekata. Boleh juga pakai niplette dr avent.

Comments

Popular posts from this blog

Cara pikat si jantung hati

Kenapa Perlu Detox?