Kepentingan kalsium


  • Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  • Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
  • Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.
  • Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
  • Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
  • Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  • Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
  • Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
  • Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
  • Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
  • Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
  • Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.


  • Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
  • Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
  • Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
  • Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  • Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  • Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
  • Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
  • Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.



Shaklee menawarkan beberapa produk yang mengandungi kalsium antaranya :-
  • Ostematrix - 250mg (each caplet)(as calcium carbonate.calcium citrate and calcium ctrate malate)
  • Vitalea - 225mg (each tablet)
  • Alfalfa - 300 mg (10 tablets)
  • ESP - 500mg (28g each serving)
  • Zinc - 120mg (as dicalcium phospate)
  • Mealshake - 200mg (34g each serving)
Berapa keperluan kalsium harian kita?

   


Sekarang anda boleh pilih produk shaklee yang mana sesuai untuk anda..

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or preventany diseases
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thanks for reading...
SID 1096788


ARDIANA
019-3787-527

Comments

Popular posts from this blog

Cara pikat si jantung hati

Kenapa Perlu Detox?