HUTANG DAN MUFLIS

HUTANG DAN MUFLIS

Sikap suka berhutang ini, boleh menjurus mereka kepada muflis.

Data Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan bahawa 23,397 individu yang diisytiharkan muflis sepanjang tahun 2007 sehingga September 2013 adalah dalam lingkungan umur 25 hingga 34 tahun.

Lebih membimbangkan, apabila ada antara mereka yang belum lagi genap mencapai usia 25 tahun, tetapi berada dalam kemelut kebankrapan.

"Kesedaran masyarakat tentang pengurusan kewangan masih rendah. Ini kerana, pendidikan kewangan pengguna kurang diterapkan dalam pendidikan sekolah.

"Cuma, sejak beberapa tahun kebelakangan ini timbul usaha pelbagai pihak mengadakan program pendidikan pengurusan kewangan. Hal ini timbul, apabila Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan terdapat 61 orang diisytiharkan muflis setiap hari", katanya.

Kurang pengetahuan itu membuatkan ramai yang gagal membuat perancangan ataupun bajet untuk menghadapi perayaan.

Menurut Ketua Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Johor Baharu, Mohd Nasir Mustafa, agak menyedihkan apabila ada antaranya tidak tahu apa yang dimaksudkan 'bajet'.

Sedangkan, bajet atau perancangan musim perayaan ini sangat mudah untuk dibuat dan dilaksanakan kerana hanya berlaku setahun sekali dan ada masa untuk membuat persediaan menyimpan..



Thanks for reading...
SID 1096788

ARDIANA
019-3787-527
-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Cara pikat si jantung hati

Kenapa Perlu Detox?