Cara pikat si jantung hati
Assalamualaikum...
Skill ni ramai yang nak cari dan belajar tapi apalah guna skill macam tu...kita belajar Cara Mudah Menjaga Kesihatan Jantung Anda lagi berguna...
Saya kongsikan 7 cara mudah menjaga kesihatan jantung agar risiko terkena serangan jantung dan stroke dapat diminimakan.
1) Makan makanan yang membantu tingkatkan fungsi jantung anda.
Jika anda mempunyai tabiat pemakanan yang tidak seimbang, ubah tabiat pemakanan anda. Pilih makanan yang kaya dengan asid lemak omega, antioksidan, serat, koenzim Q10 dan kandungan kolesterol yang rendah. Pengambilan makanan tambahan atau supplement juga boleh membantu anda.
2) Aktifkan diri anda.
Cuba lakukan banyak pergerakan. Bersukan adalah cara mudah. Jika anda sibuk, curi masa untuk berjalan jauh ke pejabat, menggunakan tangga dan pelbagai cara lain yang menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang kreatif.
3) Kawal paras glukosa anda.
Pilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ia membantu anda menstabilkan paras gula dalam darah. Jika anda menghidap kencing manis, pilih makanan yang sesuai untuk anda.
4) Jalani pemeriksaan paras kolesterol.
Tahap kolesterol yang baik membantu jantung anda terus berbakti kepada anda. Jalani pemeriksaan secara berkala untuk memastikan kolesterol anda seimbang.
5) Pastikan tekanan darah anda normal
Tekanan darah tinggi punca utama yang akan menyebabkan masalah jantung dan banyak masalah kesihatan yang lain. Anda boleh melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan atau pun melakukan pemeriksaan sendiri di rumah.
6) Berat badan yang ideal
Pastikan indeks berat badan anda atau BMI yang normal. Jika anda obesiti atau lebih berat badan, berusahalah untuk mengurangkannya.
7) Jangan merokok dan minum minuman beralkohol.
Anda tahu bahaya merokok dan minuman beralkohol. Berusaha untuk menghindarkannya.
Comments
Post a Comment