GLA atasi Senggugut @ dysmenorrhoea

Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit . Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis. SENGGUGUT PRIMER Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak. Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada...