PUNCA MASALAH KESUBURAN LELAKI

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa. Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan. Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. Sebanyak 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25% disebabkan punca yang tidak diketahui dan 5% disebabkan faktor lain. Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit. Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui...