Cara senang untuk kurus cuba contohi orang JEPUN

Assalamualaikum...

KENAPA ORANG JEPUN TIDAK GEMUK?(kecuali ahli gusti SUMO)

Secara fakta, memang telah diketahui umum bahawa Jepun merupakan sebuah negara yang dikategorikan sebagai negara yang berpenduduk TERSIHAT di dunia.


Negara Jepun juga merupakan negara yang mempunyai kadar kegemukan TERENDAH di antara negara-negara maju dan kadar jangkahayat penduduk yang TERTINGGI di dunia.

Apa yang telah mereka lakukan?

1. Mereka makan banyak makanan laut dan sayur-sayuran

Walau pun tidak dinafikan yang orang Jepun juga memakan daging, tapi kebanyakan merekan memakan makanan laut seperti udang, ikan dan sayur-sayuran serta nasi sebagai makan ruji yang membentuk diet mereka. Makanan ini dimakan pada kadar yang lebih banyak berbanding dengan daging yang dianggap sekadar sebagai makanan tambahan (sampingan) yang dimakan pada kuantiti yang sedikit sahaja dalam sajian mereka.

2. Mereka makan dalam kuantiti yang sedikit

Kebanyakan mereka makan dalam kuantiti yang agak seditkit berbanding kita di Malaysia. Kalau kita lihat di USA, biasanya restoran-restoran fastfood mereka menghidangkan menu yang adakalanya berlebihan seperti COMBO , SUPERBIG , XXL Xtreme dan sebagainya, walhal di Jepun menunya lebih kepada kuantiti yang sedikit seperti semangkuk sup kecil berisi mi dan makanan laut atau pun kadangkala sedikit daging. Pemakanan yang sedemikian mungkin telah membentuk sistem tubuh badan yang sihat.

3. Mereka berjalan dan berbasikal lebih daripada kita

Fakta ini mungkin memainkan peranan penting yang membentuk struktur badan mereka yang sihat dan tidak gemuk. Kalau anda lihat di Tokyo atau bandar-bandar utama di Jepun, kebanyakan warga mereka menggunakan
perkhidmatan stesen keretapi bawah tanah (subway stations) dan bejalan—jalan dan jalan. Itu saja kebanyakan yang dilakukan oleh mereka. Sehinggakan anda akan dapati budak-budak / pelajar-pelajar sebahagian besar
berjalan kaki ke sekolah berbanding dihantar dengan kereta ke sekolah oleh ibubapa mereka.

Persekitaran bandar juga dipenuhi dengan orang yang berbasikal. Basikal yang sememangnya direka khas untuk perjalanan dalam bandar dengan terdapatnya raga di belakang setiap basikal tersebut yang kadang-kadang dipenuhi dengan barangan dapur. Ramai… di merata-rata tempat…. ke sana dan ke sini anda akan melihat orang ramai berbasikal menuju ke destinasi masing-masing.
Berbeza dengan kita di sini yang mana ke sana-ke sini berkereta. Menghantar anak ke sekolah, membeli barangan dapur seharian, ke pejabat dsb – semuanya berkereta.

Comments

Popular posts from this blog

Cara pikat si jantung hati

Kenapa Perlu Detox?