Cara atasi anak yang suka mengamuk atau marah





Anak anda suka mengamuk atau marah secara tiba-tiba?Jom kita baca sedikit sebanyak permasalahan ini...

Masalah ini juga dikenali sebagai Tantrum...

Apa Itu TANTRUM...
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:


1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.

2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.

3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.

4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.

5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).

6) Mudah marah dan mudah menangis.

7) Sulit dialihkan perhatiannya.



Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun

  • Menangis 
  • Menggigit 
  • Memukul 
  • Menendang 
  • Menjerit 
  • Memekik-mekik 
  • Menghempaskan badan ke lantai 
  • Memukul-mukulkan tangannya 
  • Menahan nafas 
  • Menghentakkan kepala 
  • Melemparkan barang 
  • Menyangkung 
  • Memeluk tubuhnya 

Usia 3-4 tahun

  • Perilaku tersebut diatas 
  • Menghentakkan kaki 
  • Berteriak 
  • Meninju 
  • Membantingkan pintu 
  • Mengkritik 
  • Merengek 


Usia 5 tahun keatas

  • Perilaku-perilaku tersebut diatas 
  • Memaki hamun orang lain @ ibubapanya 
  • Menyumpah 
  • Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya 
  • Mengkritik diri sendiri 
  • Memecahkan barang dengan sengaja 
  • Mengancam 
  • Merungut 
  • Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak. 

CARA MENGATASI TANTRUM ANAK

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia atau peluk dia
2- bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim,
4- tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


FAKTOR PENYEBAB TANTRUM


Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:


1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.


2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.


3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; si anak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.


4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.


5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.Dalam keadaan ini saya suka mencadangkan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak.Saya selalu mencadangkan kepada pelanggan-pelanggan set makanan tambahan MEALSHAKE, OMEGA, VITA-C atau VITALEA.Perkembangan anak yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat InsyaAllah.


6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).


7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.


Bulan ni promo Vitalea masih berlangsung so ibubapa yang ingin berikan yang terbaik pada anak-anak anda inilah masa yang ditunggu-tunggu!!



Beli 3 botol Vitalea percuma sebotol lagi!
Harga sebotol RM111 sahaja untuk 60 tablet

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or preventany diseases
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thanks for reading...
SID 1096788

ARDIANA

019-3787-527

Comments

Popular posts from this blog

Cara pikat si jantung hati

Kenapa Perlu Detox?