WATCH OUT GIRLS ''BAHAYA HYDROQUINONE''
APA ITU HYDROQUINONE?
![]() |
NAMA KIMIA BAGI HYDROQUINONE |
Hydroquinone ialah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati didalam kosmetik. Ia berfungsi untuk membunuh melanocytes iaitu sejenis sel yang bertindak untuk menghasilkan melanin. Dalam ertikata yang lain, dengan penggunaan kandungan bahan ini, kulit akan menjadi bertambah putih.
BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?
Hanya hydroquinone topical atau jenis sapuan dikulit sahaja yang dibenarkan di Malaysia. Pada kebiasaannya ia disapu pada kulit dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Hydroquinone tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sunburn) ataupun ditempat luka.
Kesan perubahan boleh dilihat dalam masa 4 – 6 minggu.Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan tidak boleh terkena cahaya matahari. Kesan pencerahan ini hanya bertahan selama 4 – 6 bulan sahaja dan tidak berkekalan.Oleh itu,penggunaan krim haruslah berterusan.Sekiranya selepas 3 bulan masih tidak berkesan,aplikasi hydroquinone perlu dihentikan.
MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
Walaupun digunakan dalam kuantiti yang sedikit,namun ia masih boleh memberi kesan sampingan kepada si pemakai. Antaranya ialah :
1) Kesan terbakar dan merah.
Kulit akan menjadi terbakar dan kemerah-merahan ditempat yang disapu.Adakalanya kulit tersebut menjadi gelap dari warna asal sebelum lama – kelamaan ia akan berkurangan.
2) Penyakit kulit
Kesan allergi kepada hydroquinone juga boleh dilihat kepada si pemakai yang dikenali sebagai allergic contact dermatitis.Ia merupakan alahan kulit apaila terkena ubat ini.
Ochronosis pula adalah satu penyakit kulit yang jarang –jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone.Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam ditempat kulit terdedah kepada bahan itu.Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.
3) Risiko kanser kulit
Walaupun tiada data lengkap kepada manusia,eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan diantara hydroquinonedengan kanser kulit.Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia.
Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.Ini juga merupakan salah satu risiko kepada si pemakai. Namun,masih lagi terdapat produk kecantikan yang menitikberatkan kesihatan dan sekaligus memberikan kecantikan alami untuk anda.
Say no to HYDROQUINONE
Shaklee memberikan banyak pilihan selamat untuk kecantikan kulit. Keghairahan memutihkan kulit dengan cara cepat akhirnya membahayakan diri sendiri. Di antara produk SHAKLEE yang ditawarkan untuk kecantikan kulit anda ialah....
- Harga Runcit B-COMPLEX = RM 53.75
- Harga Runcit VITA-E COMPLEX = RM 149.00
- Harga Runcit VITA-C = RM 92.50
- Harga Runcit COLLAGEN = RM 298.00
- Harga Runcit VIVIX = RM 475.00
*This product is not intended to diagnose,treat,cure or preventany diseases
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Thanks for reading...
SID 1096788
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Thanks for reading...
SID 1096788
ARDIANA
019-3787-527
Comments
Post a Comment