Vitamin E untuk perokok



Merokok boleh merosakkan jantung dan berhenti merokok merupakan usaha yang paling baik untuk mengelakkan penyakit jantung. Mengambil vitamin E selepas berhenti merokok boleh mempercepatkan pemulihan kembali kesihatan jantung.

Kajian menunjukkan bahawa, untuk pemulihan jantung pada para bekas perokok boleh mengambil masa selama 1 dekad agar jantung dapat kembali menyerupai jantung bukan perokok. Waktu ini merupakan waktu yang diperlukan agar kerosakan yang berlaku akibat keradangan hilang, dan kembalinya saluran darah ke keadaan keanjalan semula. Maka, dalam usaha mempercepatkan pemulihan ini, para penyelidik dari Ohio State University memfokuskan kajian mereka ke pengunaan vitamin E , dimana sejak awal diketahui bahawa vitamin E merupakan antioksidan.




Richard Bruno, seorang professor nutrisi dari Ohio State University mengatakan bahawa "vitamin E berfungsi sebagai antioxidant yang cukup berkesan untuk perlindungan terhadap lemak yang boleh merosakkan tubuh ". Bruno dan rakan sekerja, menrekruit 30 orang perokok yang mula merokok sejak usia 20 tahun-an dan menghabiskan paling sedikit 1 bungkus per hari. Semua perokok tersebut berhenti merokok selama 1 minggu, dan 16 subjek mendapat 500 mg vitamin E setiap hari yang dinamakan gamma tocopherol. Penyelidik menggunakan tocopherol, sebab bentuk dari vitamin E ini boleh didapati di kacang-kacangan dan kacang soya.

Pada awal dan akhir kajian, penyelidik memeriksa darah subjek untuk melihat tanda-tanda keradangan, fungsi dari pembuluh darah, dan keelastisan urat menggunakan ultrasonografi pada arteri di tangan.Selepas 1 minggu, pada subjek didapati peningkatan fungsi pembuluh darah sebanyak 2.8%, pada kumpulan yang juga mengambil vitamin E peningkatan itu ditambah menjadi 1.5%. Walau kajian ini hanya sebentar dengan subjek yang sedikit, para penyelidik berpendapat bahawa peningkatan 1% fungsi vaskular dapat menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 13%.

Bruno berpendapat "Pada akhirnya smua orang yang merokok harus kita bujuk untuk berheti merokok, dan apabila kita boleh mengangkat isu bahawa pemberhentian merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, maka kesan itu dapat memberi kesan terhadap pandangan kesihatan awam "


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or preventany diseases
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thanks for reading...
SID 1096788


ARDIANA
019-3787-527

Comments

Popular posts from this blog

Cara pikat si jantung hati

Kenapa Perlu Detox?