Selamatkah Produk Pencuci anda?
Produk pembersih: Mencuci atau mencemar?
Tahukah anda kadangkala pembersihan rumah menggunakan pencuci konvensional bukannya membersih malah memburukkan lagi keadaan?
Bahan kimia dalam pencuci boleh mendatangkan bahaya untuk jangka tempoh yang panjang terhadap kesihatan diri & juga persekitaran.
- 90% pendedahan terhadap racun berlaku di rumah.(Kajian Agensi Penjagaan Alam Sekitar Amerika Syarikat) (EPA)
- Peluntur klorin biasa pencuci nombor satu mempunyai bahan kimia berbahaya.
- Penyegar udara berada pada paras dua hingga lima kali ganda lebih tinggi di dalam rumah berbanding di luar.
- 15 minit mencuci dinding bilik mandi menyedut lebih tiga kali ganda wap glikol ether . (Menurut Penilaian Keselamatan Kesihatan Alam Sekitar Amerika Syarikat )
- Pencuci biasa membebaskan wap yang berpotensi meningkatkan risiko penyakit asma di kalangan kanak-kanak.
- Anak- anak kecil malah orang dewasa juga kerap mengalami masalah kulit yang bukan disebabkan alahan makanan.
- Kita menghasilkan kira-kira lima kilogram bahan buangan berbahaya setiap tahun dan secara senyap merosakkan alam sekitar tanpa kita sedari.
Antara bahan kimia toksik yang mendatangkan keburukan kepada manusia ialah naftalen, kerosin, formaldehid, fenol, kresol, lye, asid hidroklorik, sodium hidroklorik (peluntur), asid sulfurik, distilate petroleum, benzin, ammonia, paradiklorobenzin, sodium hidroksida, butil cellosolve dan asid fosforik.
Sepatutnya rumah menjadi tempat yang paling selamat untuk anda dan keluarga. Malangnya bahan kimia toksik terselindung ini menukarkan keadaan menjadi sebaliknya.
Pilih bersih dan selamat. Bagi menjadikan rumah sebagai kawasan paling selamat, penuhi pengetahuan anda mengenai apa yang sesuai digunakan di rumah dan apa yang berbahaya.
- Elakkan menggunakan pencuci yang mengandungi bahan-bahan kimia seperti disebutkan di atas.
- Buangkan bahan-bahan seperti cat yang tidak habis digunakan.
- Buangkan bateri lama. Bahan-bahan ini berbahaya andainya anak-anak kecil bermain dengannya.
- Gunakan bahan pencuci yang bukan sahaja selamat untuk keluarga anda, malah tidak merosakkan alam sekitar.
Shaklee telah menghasilkan produk Get Clean yang selamat untuk pengguna, rumah dan juga alam sekitar.
Empat jenis produk berkenaan iaitu:
1. Pencuci pakaian
![]() |
Shaklee Get Clean-Fresh Laundry |
2. Pelembut fabrik
![]() |
Shaklee Get Clean-Soft Fabric |
3. Pencuci pinggan mangkuk
![]() |
Shaklee Get Clean-Dish Wash |
4. Pencuci serbaguna.
![]() |
Shaklee Get Clean-Basic H2 |
Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diambil bagi memastikan produk yang digunakan dan rumah anda bersih serta bebas dari bahan kimia berbahaya:
- Pencuci sepatutnya tidak mengandungi toksik.
- Diperbuat daripada bahan semula jadi, biodegradasi, berkesan dan hipoalergenik.
- Pencuci mesra alam tidak diuji pada haiwan.
- Pencuci ini juga tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan kerana molekul-molekulnya bersifat biodegradasi iaitu mampu terurai dengan mudah.
- Biarkan udara mengalir dengan bebas di rumah anda, buka tingkap untuk pengudaraan yang baik.
- Gunakan minyak pati bagi menggantikan penyegar udara.
- Tanam pokok. Selain kelihatan cantik, tumbuh-tumbuhan membantu menyerap gas berbahaya serta membantu membersihkan udara.
- Gunakan langsir, cadar dan sebagainya yang diperbuat daripada kapas organik.
- Gunakan cat yang bebas bahan kimia berbahaya. Sesetengah cat yang berbau tajam berbahaya seperti mana baunya. Pilih cat yang kurang mengandungi bahan organik mudah meruap (VOC).
Thanks for reading...
Ur SID 1096788
ARDIANA
019-3787-527
Comments
Post a Comment