Posts

Showing posts from September, 2015

Jerebu

Image
JEREBU Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam. Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana ini. Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya. Oleh Prof. Dr Norhisham Wahab. Www.profnorhisham.blogspot. Anda berminat dan ingin Harga Tawaran HEBAT lagi jimat dari SUPLEMEN 4U? contact saya SMS/Whatsapp saya di talian 019-3787527. Anda juga boleh email kepada sitinorardiana@gmail.com *This product is not intended to diagnose,treat,cure or preventany diseases *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit Thanks for reading... SID 1096788 ARDIANA 019-3787-527

Masalah sakit lutut dan tumit selepas bersalin

Image
Assalamualaikum... Kenapalah lutut sakit macam melekat tak boleh nak bangun rasanya..tumit pon pijak rasa macam mencucuk...Ramai antara ibu- ibu selepas bersalin mengalami masalah sakit lutut dan tumit ini. Betul tak? Kadang- kadang bukan hanya ibu yang badan berisi mengalami sakit lutut ini akibat berat badan berlebihan, ibu yang kurus seperti saya pun mengalami sakit yang sama selepas melahirkan anak kedua. Jadi apa penyebabnya sakit lutut dan sendi ini ye? Pernah juga saya mengalami sendi dan rahang muka berbunyi- bunyi bila mengunyah makanan, itu belum masuk masa menguap dan bersin, rasa seperti rahang ini macam nak patah. Pelik kan? Masalah ini pernah saya rujuk pada doktor, dan doktor mengatakan ini perkara biasa. Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku selepas melahirkan anak. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bertujuan bagi jalan be...

Bersedekah itu mudah

Image
Assalamualaikum.... Salam Jumaat yang barokah... Kreatif dlm bersedekah: 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg.. 2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin. 3.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan. 4. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. 5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb). 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah). 7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg ak...

9 tanda-tanda kita dah tua

Assalamualaikum.. 9 tanda-tanda kita dah tua! 1. Bila kita lebih suka duduk di rumah dari lepak kat kedai mamak 2. Bila kita dah tak faham selera muzik budak zaman sekarang, k-poplah y-poplah... 3. Bila kita drive ikut kelajuan 4. Bila kita sedar 4tahun lepas anak kita besar tapak tangan tapi sekarang dah boleh borak ngan kita 5. Bila taste pakaian kita budak-budak cakap ntah apa-apa ntah 6. Bila kita kira hutang rumah kita tak habis-habis bayar sedang dah banyak tahun kita bayar 7. Bila kita fikir nak tak anak-anak kita jaga kita macam kita jaga mak bapak kita 8. Bila kita dah fikir lebih banyak soal pahala dan dosa 9. Bila kita dah takut tinggal solat Anda dah ada 9 tanda ni?

10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak

Assalamualaikum... 10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak 1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut. 2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat! 3. Respon menganjing/ tak serius pada komentar ahli group yang bagi cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left? 4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa pun...

Buta Kerana Pakai Contact Lens?

Assalamualaikum... Ini kisah seorang pengguna Contact Lens Fatin Nurliyana 7 September 2015. Sejak tadi ramai yang tanya apa dah jadi dengan mata aku. So rasanya baik aku share. Yela, dah kena kat diri sendiri baru beringat. Kalau tak kena, tak sedar lagi kot. Aku sakit mata dah dekat setahun. Mata berair, merah and ada selaput yang menghalang penglihatan aku. Selaput tu cam tahi mata. Benda tu betul-betul menghalang sebab dekat mata hitam. So aku susah nak drive. Seksa. Ramai nasihat jangan pakai contact lens tapi aku pakai jugak sebab aku rasa pakai cermin mata ganggu kerja aku yang lasak. Masa tu aku fikir, kalau cuci lens dengan bersih, jaga dengan baik, mata akan okay. Betul kan? Rupanya tak. Seriously tak. Kau memang akan rasa lens ni best tapi dia boleh buat kau buta walaupun kau jaga elok. Ingat tu. Aku pakai lens lama dah. Macam-macam pernah jadi. Tertidur sampai lens hilang dalam mata pun pernah (dah keluar). Pernah jugak aku lupa aku dah bukak lens ke belum, aku usik...

3 langkah mudah untuk kurus

Assalamualaikum... 3 Langkah Mudah Untuk Turunkan Berat Badan 1. Detox Apa itu detox? Detox adalah satu proses pembersihan usus dimana usus adalah tempat terkumpul lemak, lendir, toksin sebelum dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Dinding-dinding usus yang melekat dengan lendir-lendir lama kelamaan jika tidak di detox ia menjadi keras dan melekat di dinding. Usus yang bersih membantu untuk penyerapan nutrien yang optimum.Herblax / Alfalfa merupakan produk shaklee yang membantu untuk mencuci usus. Bagi mereka yang ada masalah sembelit boleh cuba Herblax. Kesan kedua-dua produk ini bergantung kepada tahap usus individu tersebut. 2. Memecahkan Lemak Lemak yang tersimpan sama ada dibawah kulit akan menyebabkan selulit dan lemak yang menutupi organ dalam badan atau visceral fat boleh menyebabkan masalah-masalah seperti penyakit jantung, kencing manis atau darah tinggi. Ini kerana semakin lemak menimbun semakin kuat jantung bekerja untuk pam darah sedangkan laluannya semakin s...

Surirumah atau bekerja?

Image
Assalamualaikum.... Apa yang saya rasa hampir setahun berhenti kerja untuk jaga anak-anak + BEKERJA dari rumah: 1. First impression orang, bila cakap kita seorang suri rumah "syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak". Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja...lagi-lagi anak masih kecil bawah 5 tahun...paham jelah telatah mereka. 2. Jadi surirumah, Syaitan pon bisik kat telinga "Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal" Pasal suami buat hal tu.... apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun. 3. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. "Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je" "dulu lepas s...

Rahsia Kulit Cantik

Assalamualaikum... PROTEIN dan VITAMIN C memang selalu dikaitkan dalam hal kecantikan kulit... Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Kiranya pelengkap siste badan kita laa ni,... Kerana setiap organ dalaman kita memerlukan PROTEIN. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Kekurangan PROTEIN bakal menyebabkan; >> kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit; >> masalah lebihan air yang tinggi dalam badan; >> kehilangan kepejalan otot; >> perubahan warna rambut; >> pertumbuhan tebantut; >> masalah penghadaman; >> masalah penghasilan darah dan hormon; yang mana seterusnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ berkaitan dan akhirnya boleh membawa kepada kematian. VITAMIN C pula..sangat best untuk meningkatkan antibodi manusia. Dan yang paling orang sukakannya..kerana ianya boleh mencantikkan kulit wajah dan badan secara sihat. Haiwan boleh menghasilkan Vit...

Cara senang untuk kurus cuba contohi orang JEPUN

Assalamualaikum... KENAPA ORANG JEPUN TIDAK GEMUK?(kecuali ahli gusti SUMO) Secara fakta, memang telah diketahui umum bahawa Jepun merupakan sebuah negara yang dikategorikan sebagai negara yang berpenduduk TERSIHAT di dunia. Negara Jepun juga merupakan negara yang mempunyai kadar kegemukan TERENDAH di antara negara-negara maju dan kadar jangkahayat penduduk yang TERTINGGI di dunia. Apa yang telah mereka lakukan? 1. Mereka makan banyak makanan laut dan sayur-sayuran Walau pun tidak dinafikan yang orang Jepun juga memakan daging, tapi kebanyakan merekan memakan makanan laut seperti udang, ikan dan sayur-sayuran serta nasi sebagai makan ruji yang membentuk diet mereka. Makanan ini dimakan pada kadar yang lebih banyak berbanding dengan daging yang dianggap sekadar sebagai makanan tambahan (sampingan) yang dimakan pada kuantiti yang sedikit sahaja dalam sajian mereka. 2. Mereka makan dalam kuantiti yang sedikit Kebanyakan mereka makan dalam kuantiti yang agak seditkit berbanding kita di M...

Pengorbanan Ibubapa tidak setanding anak

:::Renungan Seketika::: Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan. Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara. "Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi." Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya. "Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita." Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas m...

KENALI WATAK MELALUI JENIS RAMBUT

Jenis-jenis Rambut 1) RAMBUT LURUS bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan 2) RAMBUT KERINTING TEBAL kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung 3) RAMBUT KERINTING NEGRO bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah 4) RAMBUT IKAL MAYANG bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu. 5) RAMBUT HALUS/LEMBUT bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. 6) RAMBUT SIKIT bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 7) RAMBUT PERANG kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah. 8) RAMBUT TEBAL bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawa...

Jangan beza-bezakan anak

Image
Assalamualaikum.... PERBEZAAN Upaya Anak2 Tanda Kebesaran ALLAH 👧 👦 ~Bismillahirrahmanirrahim~ 🔅Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji. 🔅Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak. 🔅Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita. 🔅Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih. 🔅Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah. 🔅Anak-anak ini dipinjamkan buat ki...