Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan
.jpg)
Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari. Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir. Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar. Pilihan 4: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi. Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan: • Kacang • Sayuran seperti brokoli • Kobis • Taugeh • Bawang • Asparagus • Buah-buahan seperti pear, epel dan peach • Bijirin seperti roti gandum • Minuman ringan dan jus buah • Susu dan produk daripada susu dan keju • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya...