ISTERI BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?
IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU? 79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar. 1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan 2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan 3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan 4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan 5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan 6. Beli makanan luar – RM600 sebulan. JUMLAH RM 3100 Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga. Nanti dulu, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile...